Selain dari menjadi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif WorldWellness Network Sdn. Bhd. Prof. Dato’Dr. Noordin Darus juga amat dikenali sebagai salah seorang Pelopor dan Penggerak Kesejahteraan di Malaysia. Sebagai Penulis dan Konsultan Utama Program-program “The Art of Total Wellness,” “Well for-life,” “Slim-For Life” dan Terapi “Mifiro” aktiviti kesejahteraan yang popular ini telah menjadi sinonim dengan beliau.

 

 

Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus juga telah banyak membentangkan pelbagai Kertas Kerja di luar Negara. Beliau juga seorang kolumnis di NST, The STAR dan majalah-majalah kesihatan dan seringkali muncul di rancangan-rancangan TV & Radio. Minat dan semangat Dr. Noordin untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera melalui perubatan holistik telah diuji oleh takdir pada tahun 2001 apabila beliau sendiri ditimpa “lymphoma” atau kanser darah. Tanpa ingin terlalu merintih penderitaan beliau, Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus telah menggunakan  masa yang beliau ada sewaktu menerima rawatan untuk membuat penyelidikan dan mencari jawapan terhadap usaha mengurangkan dan menghapuskan penyakit-penyakit di dunia yang kemudiannya turut menghasilkan penemuan RxWater. Kini terapi air yang beliau hasilkan telah membantu hampir 50,000 orang yang menderita pelbagai penyakit.